Khamis, 11 November 2010
Latihan Kata Nama Secara Dalam Talian
Mari Jawab Soalan Pemahaman
Simpulan Bahasa
Latihan Membina Perkataan
Koleksi Persembahan Murid SK Durian Tipus Sempena Majlis Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat SKDT
Jumaat, 5 November 2010
Ruangan Kenali Guru Bahasa Melayu SK Durian Tipus
Kata-Kata Aluan Guru Besar SK Durian Tipus
Profil Sekolah Kebangsaan Durian Tipus
Bentuk :
· Mata pena dihelaian kertas – kewajipan menuntut ilmu.
Warna
· Biru - Keharmonian dan dedikasi pendidikan
· Merah - Usaha jaya ke arah kecemerlangan.
· Kuning - Naungan warna di Raja.
· Putih - Jiwa murni dan nilai moral yang luhur.
Lambang
· Buku dan Pena – Aktiviti kurikulum / akademik ke arah kejayaan 3M
· Obor dan 5 gelung – Aktiviti kokurikulum ke arah konsep “Malaysia Cergas”
Motto
· Disiplin - Menerapkan niali baik , murni dan mulia.
· Taqwa - Melahirkan insan seimbang
· Harmoni – Jalinan hubungan baik dan mesra.
Biru dan kuning tanda setia
Tekun rajin usaha
Merah tandanya gagah
Berani
Lambang kemegahanku
Kami penuntut SKDT
Berikrar dan berjanji
Bertekun
Belajar
Mencapai cita-cita
Bergerak dengan penuh semangat
Kejayaan matlamat
Jasa bakti kamikan curahi
Mendukung cita murni
Sejarah SK Durian Tipus
Sekolah Kebangsaan Durian Tipus seperti institusi-institusi yang lain membentuk catatan sejarah dan proses perkembangan tersendiri. Atas desakan naluri yang cintakan ilmu pengetahuan maka masyarakat setempat di kawasan Durian Tipus dan sekitarnya telah mengadakan muafakat bagi penubuhan sebuah sekolah di situ. Pada 28 Disember 1908 terbinalah sebuah sekolah yang diperbuat daripada bahan kayu hutan, papan dan beratapkan nipah hasil gotong-royong masyarakat setempat. Sekolah ini telah diberikan nama Sekolah Melayu Durian Tipus. Inilah sekolah yang pertama dibina di Mukim Teriang Hilir.
Guru Besar pertama di sekolah ini ialah Encik Itam B Abdullah. Jumlah murid pada ketika itu ialah seramai 34 orang sebagai perintis. Kekurangan dan kelemahan yang wujud ketika itu ternyata tidak melunturkan semangat serta hasrat murni masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka menimba ilmu di sekolah ini. Tahun demi tahun , jumlah murid sentiasa bertambah. Kawasan persekitaran sekolah juga mula berubah dengan penerokaan masyarakat termasuk dalam kalangan peniaga bangsa cina. Penerokaan ini secara tidak langsung telah mewujudkan satu pekan kecil yang dinamakan Durian Tipus.
Reformasi pendidikan negara yang pesat ditingkatkan dari semasa ke semasa telah memberikan pelbagai kemudahan dan kemajuan infrastruktur sekolah serta struktur pentadbiran sekolah. Seterusnya, sekolah ini diubah nama dari Sekolah Melayu Durian Tipus kepada Sekolah Kebangsaan Durian Tipus.
Tanggal 21 Jun 1985 , bangunan baharu sekolah ini yang terletak kira-kira 750 meter dari tapak bangunan lama telah beroperasi . Kedudukan ini adalah bersebelahan dengan jalan raya yang menghubungkan pekan Simpang Durian ke Simpang Pelangai, Pahang. Sempadan Negeri Sembilan dan Pahang hanya 12km sahaja. Dengan berlatar belakangkan kehidupan masyarakat petani Melayu tradisional, sekolah ini terus menjadi unggul di kaca mata semua pihak.
Perjuangan murni guru-guru mendidik anak bangsa di sini tidak dapat disangkalkan lagi. Kejayaan demi kejayaan dalam semua bidang telah ditempa dan menjadi kenangan manis bagi warga SKDT. Kini sekolah ini diterajui oleh Tuan Hj Abdul Tahrim B Hj Zakaria sebagai Guru Besar yang ke-35.
Rabu, 3 November 2010
Pengajaran di Sebalik 'Burung Murai'
Selasa, 31 Ogos 2010
Selasa, 24 Ogos 2010
Salam Aidil Fitri
Buat murid-murid yang dikasihi,
Selamat menjalani ibadah puasa . Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan oleh Allah swt untuk mengharunginya hingga mencapai kejayaan dan kemenangan.
Ramadhan berlalu, Aidil Fitri menjelma. Selamat menyambut Hari Raya AidilFitri diucapkan. Kemaafan dipohon sekiranya terdapat salah dan silap selama ini yang terpahat dihati. Semoga Aidil Fitri memberikan sinar kebahagiaan dan kegembiraan kepada murid-murid semua.
Wassalam.
Selasa, 6 Julai 2010
Latihan 3 - Makanan Untuk Kesihatan
kita memerlukan udara makanan dan minuman untuk hidup semua keperluan asas ini mestilah bersih agar kita hidup sihat makanan dan minuman hendaklah dimasak agar kita selamat jika kita tidak memasak makanan dan minuman tersebut sudah tentu kita akan mudah diserang penyakit makanan pula mestilah disimpan di tempat yang selamat contohnya makanan yang diletakkan di bawah tudung saji tidak akan dihinggapi serangga seperti lalat atau lipas
Khamis, 17 Jun 2010
Latihan 1
Rabu, 16 Jun 2010
Kerja rumah
Apakhabar semua ? Bagaimana dengan percutian?
Tentu ianya menyeronokkan. Walaubagaimanapun,
jangan lupa siapkan kerja yang cikgu berikan.
Selamat bercuti dan menyiapkan kerja sekolah.